sukan

Keputusan aksi Izzudin-Sze Fei berdepan wakil China penuh sensasi

Perjalanan beregu negara, Nur Izzudin dan Goh Sze Fei, tersangkut dalam peringkat suku akhir selepas disingkirkan beregu dari China 21-18,18-21,21-19 dalam saingan Terbuka Indonesia BWF di Istora Senayan, sebentar tadi.

Beregu dari China mendominasi aksi set pertama dengan baik sebelum Nur Izzuddin-Sze Fei mengikat kedudukan 14-14, sekali gus membuka ruang untuk beregu negara melakar kemenangan 21-18 dalam tempoh 17 minit.

Perlawanan sengit berlangsung dalam set kedua dengan masing-masing tidak mahu ketinggalan jauh, tetapi Liang Wei Keng-Wang Chan yang merupakan pilihan kedua kejohanan lebih berdisiplin dari aspek serangan untuk menang 21-18 dan membawa ke perlawanan ke set penentuan.

Liang Wei Keng-Wang Chan bermula dengan garang dalam aksi set penentuan dengan meninggalkan pasangan negara dengan jurang empat mata untuk mendahului 5-1.

Begitupun, pasangan negara cuba mengejar untuk merapatkan jurang mata untuk merebut dua mata akhir apabila terikat 19-19, tetapi pasangan China yang merupakan pilihan kedua kejohanan itu berjaya meneruskan corak permainan dengan lebih kemas untuk menang 21-19.

sumber:- Stadium Astro

Cabaran Malaysia di peringkat separuh akhir diteruskan oleh pasangan beregu profesional negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, esok.