Perlawanan dramatik antara beregu negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, dan wakil dari Denmark, Rasmus Kjaer-Fraderick Sogaard, tamat apabila pertembungan kali kedua itu memihak kepada pasangan negara 21-18, 19-21, 21-12 di Istona Senaya, Jakarta, sebentar tadi.
Pertembungan tersebut menyajikan aksi memukau susulan pungutan mata demi mata dilakukan oleh gandingan muda negara sebelum gandingan dari Denmark mengheret permainan ke set ketiga.
sumber:- SA
Selepas ini, mereka akan bertemu lawan yang menumbangkan pasangan beregu utama negara, Lu Ching Yao-Yang Po Han, dari Taiwan di peringkat suku akhir, esok.