sukan

TERKINI: Zii Jia ‘smash’ pemain China untuk ke suku akhir

Lee Zii Jia diberi laluan berliku apabila terpaksa berjuang selama 1 jam 12 minit sebelum meniti laluan ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia, sebentar tadi.

Jurang 12 anak tangga dunia dengan Zii Jia menguasai tempat ketujuh tidak menggambarkan cabaran sebenar di atas gelanggang Istora Senayan yang perlu didaki oleh pemain profesional negara itu apabila tumpas 20-22 selepas tercicir empat mata terakhir dalam set pertama.

Juara Terbuka Thailand itu kemudian membuktikan kewibawaannya dengan mudah menawan set kedua 21-9.

Namun, permainan kembali tidak menentu pada awal set ketiga yang membolehkan seteru dari China itu mengikat kedudukan 7-7.

sumber:- SA

Mujur ia hanyalah bersifat sementara sebelum Zii Jia kembali di depan dan memacu kemenangan 21-16.