Gandingan beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, terpaksa menerima hakikat selepas dikecewakan oleh beregu dari Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han, dalam pusingan ke-16 Terbuka Indonesia BWF, di Istora Senayan, Jakarta, sebentar tadi.
Pertembungan kali ketujuh antara kedua-dua lawan tersebut memihak kepada pasangan ranking ke-25 dunia itu susulan memperagakan perlawanan bertenaga tanpa henti sehingga mata penamat setiap set.
sumber:- SA
Lu Ching Yao-Yang Po Han menunjukkan aksi memukau selepas berjaya mempamerkan kebangkitan di set pertama seterusnya mendominasi set kedua 16-21, 14-21 untuk menghantar beregu utama negara pulang awal.