sukan

Izzudin-Sze Fei buat penyokong Indonesia

Beregu negara, Nur Izzudin dan Goh Sze Fei, cemerlang menundukkan beregu tuan rumah 2-1 dengan dalam saingan Terbuka Idonesia BWF di Istora Senayan, sebentar tadi.

Dalam set pertama, beregu negara yang berada di kedudukan ke-14 dunia kelihatan kehilangan rentak apabila ketinggalan 5 mata di belakang tuan rumah untuk tewas dengan keputusan 16-21.

Berbekalkan semangat tidak mahu menyerah menyerah, Nur Izzudin dan Sze Fei bangkit melawan pada set kedua kemudia berjaya menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-16 sekali gus memaksa perlawanan ke set ketiga.

Dengan tekad yang tinggi untuk menundukkan gandingan Indonesia, beregu negara itu mempamerkan aksi cemerlang dalam set penentuan. Carnando-Marthin gagal mengekalkan konsistensi, dan set berakhir dengan kemenangan 21-12 untuk Izzudin dan Sze Fei.

sumber:- SA

Kemenangan ini membawa Izzudin dan Sze Fei ke peringkat suku akhir, di mana mereka bakal bertemu wakil tuan rumah ataupun beregu China di pusingan suku akhir nanti.