sukan

Dua situasi bolehkan Malaysia berada di atas Indonesia

Menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia menentang Republik Kyrgyz, Malaysia kini berpeluang untuk memintas kembali kedudukan Indonesia dalam senarai ranking FIFA.

Hal ini kerana seandainya Malaysia yang kini berada di kedudukan 138 dunia dengan mengumpul mata ranking FIFA sebanyak 1094.54 berjaya mengatasi tentangan Republik Kyrgyz malam ini, skuad bimbingan Kim Pan-gon bakal memperoleh mata tambahan FIFA sebanyak +15.31 sekaligus menjadikan mata FIFA terkumpul sebanyak 1109.85.

Ini menjadikan kedudukan Malaysia untuk berada di atas ranking Indonesia (kini 1102.97, sebelum perlawanan bertemu Iraq) dan berjaya berjaya mendaki tangga 134 dunia. Namun, ini hanya akan menjadi realiti seandainya:

a) Malaysia menang ke atas Republik Kyrgyz, Indonesia seri atau tewas di tangan Iraq ATAU
b) Malaysia menang atau seri bertemu Republik Kyrgyz, Indonesia tewas di tangan Iraq.

sumber:- SA

Jangan lupa saksikan perlawanan Republik Kyrgyz menentang Malaysia jam 11 malam dengan pra-rancangan pada 10 malam di saluran Astro Arena 801 & 803.