sukan

TERKINI: MFL ubah lagi waktu sepak mula Kedah

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengubah waktu sepak mula aksi Piala FA antara Kedah Darul Aman (KDA) FC menentang Bukit Tambun FC (BTFC) yang akan berlangsung 14 Jun ini.

Kemaskini terbaru itu menyaksikan perlawanan di Stadium Darul Aman yang sebelum ini dijadual berlangsung 6.30 petang di tukar kepada 9 malam.

“Walaupun waktu sepak mula sebelum ini dipersetujui oleh kedua-dua kelab berkenaan, kemaskini ini adalah merujuk kepada sensitiviti waktu solat Maghrib di Kedah,” kata MFL.

Waktu sepak mula jam 6.30 petang aksi berkenaan yang diputuskan sebelum ini mendapat kritikan daripada peminat bola sepak tempatan kerana ia akan bertembung dengan waktu solat Maghrib.

sumber:- BH

Justeru, beberapa pihak berharap MFL selaku badan pengelola Liga Malaysia menukar waktu sepak mula bagi memberi ruang kepada peminat dan pemain menunaikan solat Maghrib.