sukan

Terbuka Indonesia: Keputusan aksi Roy King-Valeree berdepan Jaguh China

Beregu campuran negara, Yap Roy King-Valeree Siow, terkandas dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia BWF apabila tewas kepada pasangan pilihan kelima dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.

Pasangan negara itu, bagaimanapun, mencipta kejutan apabila mendominasi set pertama sebelum mencatatkan kemenangan tipis 21-19.

Namun, selepas membenarkan lawan mengikat kedudukan 7-7 dalam set kedua, mereka tidak lagi dapat mengejar sebelum akur dengan kekalahan 13-21, sekali gus terpaksa beraksi dalam set penentuan.

sumber:- SA

Roy King dan Valeree benar-benar memberikan aksi terbaik mereka dalam set ketiga, bahkan sempat mendahului 18-14 tetapi mereka kemudian membenarkan lawan untuk memperoleh tujuh mata berturut-turut, sekali gus tewas 18-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama 50 minit.