sukan

Terbuka Indonesia: Wei Chong-Kai Wun pamer aksi dramatik

Perlawanan dramatik antara beregu negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, dan wakil dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, tamat apabila pertembungan kali ketiga itu akhirnya memihak kepada pasangan negara 22-20, 16-21, 17-21 di Istona Senaya, Jakarta, sebentar tadi.

Pertembungan tersebut menyajikan aksi memukau susulan pungutan mata demi mata dilakukan oleh gandingan muda negara untuk mengheret permainan ke set ketiga.

Man Wei Chong-Tee Kai Wun menampilkan detik memukau di sebalik mempamerkan kebangkitan untuk memenangi perlawanan sekali gus menutup ruang pasangan dari Korea Selatan itu untuk mara ke pusingan seterusnya.

Selain itu, pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, menerima nasib berbeza selepas terpaksa akur kepada pilihan keenam kejohanan Terbuka Indonesia BWF, Wang Zhi Yi.

sumber:- SA

Meskipun memberikan tentangan sengit namun, Jin Wei harus mengakui bahawa lawannya lebih mendominasi permainan itu.