sukan

Terbuka Indonesia: Keputusan aksi Aaron-Wooi Yik di pusingan pertama

Gandingan utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menepati ramalan apabila mara ke pusingan seterusnya kejohanan Terbuka Indonesia BWF, di Istora Senaya, Jakarta, sebentar tadi.

Permainan yang berlangsung selama 26 itu menyaksikan beregu negara menoktahkan kemenangan secara staright set 21-14, 21-11 mengatasi wakil dari Amerika Syarikat, Vinson Chiu-Joshua Yuan.

Jurang pengalaman membezakan prestasi antara pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo itu susulan tidak memberikan sebarang peluang buat pasangan dari Amerika Syarikat itu untuk melakukan kebangkitan.

sumber:- SA

Selepas ini, mereka akan bertemu lawan dari Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han bagi merebut slot ke pusingan ke-16 kejohanan, esok.