sukan

Polis sedang jalankan siasatan

Polis mengesahkan menerima laporan daripada pemain beregu campuran negara, Lai Pei Jing yang ditipu sindiket pelaburan semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan.

“Laporan berhubung kejadian berkenaan dibuat di Seri Kembangan, Selangor. Kita sedang menjalankan siasatan lanjut kerana ia membabitkan sindiket penipuan pelaburan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Pei Jing yang berkongsi kejadian itu di Instagramnya malam tadi, berharap semua pihak memberikan dia ruang untuk bertenang.

“Pertama sekali, kepada saudara-mara dan rakan-rakan yang melihat hantaran ini, sama ada anda ingin tahu atau bimbang, saya mohon untuk memberikan ruang kepada saya dan keluarga untuk menangani emosi kami.

“Ya, saya ditipu, hampir semua simpanan saya oleh sindiket penipuan. Sejujurnya ini adalah tamparan hebat kerana ia adalah simpanan hasil kerja keras saya sejak bertahun-tahun.

“Ia memerlukan keberanian yang besar untuk bercakap mengenai penipuan kerana siapa yang mahu beritahu orang lain mereka ditipu.

“Saya harus menjelaskan sebab saya menghilangkan diri sejak beberapa hari lalu, Semua okey, saya akan berkongsi lebih lanjut mengenainya.

sumber:p BH

“Saya berharap dapat menghalang lebih ramai mangsa dan menerima hakikat bahawa saya ditipu,” katanya menerusi perkongsian itu.