sukan

Lee Zii Jia nak memandu pun kena kerumun

Setelah berjaya pamer aksi konsisten meraih juara di Terbuka Thailand dan naib juara di Malaysia Masters baru-baru ini, Lee Zii Jia nampaknya kekal di landasan tepat untuk berlatih dan tambah baik kualiti permainan dengan latihan berkala.

Namun apa yang menarik perhatian admin adalah keterujaan peminat yang sanggup menunggu pemain perseorangan pertama lelaki negara kita itu di tempat letak kenderaan di kawasan latihannya.

Tidak kira golongan dewasa atau kanak-kanak, masing-masing sanggup menunggu untuk bergambar dan bertemu dengannya.

sumber:- SA

4-9 Jun akan menjadi medan tempur buat Zii Jia yang seterusnya di Terbuka Indonesia dan sama-sama kita doakan yang terbaik buatnya.