sukan

Dustin Poirier buat Islam Makhachev berkicap sebelum tumbang

Islam Makhachev mempertahan gelaran lightweight buat kali ketiga apabila menewaskan Dustin Poirier dengan kuncian dalam pusingan kelima pertarungan UFC 302 di Prudential Center, New Jersey sebentar tadi.

Raja “pound-for-pound” itu, bagaimanapun, menerima tentangan sengit daripada The Diamond sehingga koyak dahi.Seperti yang dijangkakan, Makhachev berhasil melakukan kuncian pada awal pusingan pertama tetapi Poirier masih kuat untuk meloloskan diri dan melakukan serangan balas sebelum pusingan itu tamat.

Dalam pusingan kedua, Makhachev berhasil melepaskan lututnya ke arah hidung Poirier sehingga berdarah tetapi strategi untuk mengelak daripada kedudukan lantai dalam pusingan berikutnya memberikan gambaran bahawa Poirier masih berpeluang untuk memenangi pertarungan itu.

sumber:- SA

Bahkan, pukulan siku yang dilakukannya dalam pusingan keempat mengenai tepat ke dahi Makhachev tetapi kuncian leher yang dilakukan jaguh Dagestan itu dalam pusingan kelima memaksa Poirier untuk menyerah.Kemenangan itu menyaksikan Makhachev melebarkan rekodnya kepada 26-1-0.