sukan

Tuah kasut Vans Farhan Adam

Pengumpan skuad sepak takraw negara, Farhan Adam, hari ini menerima penghargaan daripada syarikat kasut terkemuka dunia, Vans.
Dalam satu kiriman video di laman sosial duta Vans, Ahmad Fadzli Musa, yang lebih dikenali sebagai Pa’din Musa, Farhan dilihat melawat salah sebuah bilik pameran Vans dan diberikan cenderamata daripada syarikat berkenaan.

Bahkan, Pa’din, yang merupakan legenda papan selaju negara, turut menghadiahkan Farhan sepasang kasut Vans edisi khasnya, yang lengkap ditandatangan.

sumber:- SA

Sebelum ini, Farhan mencuri tumpuan apabila menggunakan kasut berjenama Vans dalam Piala Dunia Sepak Takraw minggu lalu.Ia sesuatu yang jarang dilihat memandangkan Vans lebih sinonim sebagai jenama kasut bagi sukan papan selaju.