sukan

Aksi Soon Huat-Shevon Lai berakhir dengan penarikan diri

Hajat Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk meneruskan kemaraan ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura tidak kesampaian selepas terpaksa menarik diri akibat kecederaan, sebentar tadi.

Gandingan yang baru melangsungkan perkahwinan itu terlebih dahulu mengejutkan pilihan pertama kejohanan dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong, itu 22-20.

Namun, beregu profesional negara yang menjuarai Masters Malaysia minggu lalu itu, khususnya Soon Huat tampak bergelut dalam di atas gelanggang tiga set kedua tersebut dan sempat diberikan rawatan oleh pegawai perubatan ketika tumpas 11-21.

Sumber:- SA

Biarpun cuba memberi tentangan dalam set ketiga kejohanan bertaraf super 750 itu tetapi berdepan faktor lawan yang bukan calang-calang yang memerlukan mereka di tahap terbaik, Soon Huat akhirnya memutuskan tidak dapat meneruskan permainannya ketika di kedudukan 1-11.