sukan

Jurgen Klopp akui sertai Liverpool keputusan kedua terbaik

Jurgen Klopp memberitahu peminat setia Liverpool menyertai kelab itu pada 2015 adalah keputusan kedua terbaik pernah dilakukan dalam kehidupannya.

Warga Jerman itu menamatkan tempoh sembilan tahun sebagai pengurus di Anfield, yang mana beliau menang antaranya Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris.

Awal pagi tadi, beliau mengucapkan selamat tinggal kepada pangkalan peminatnya dalam satu majlis ‘Sepetang Bersama Jurgen Klopp’ di Arena M&S Bank, Liverpool.

Dihoskan oleh peminat selebriti The Reds dan pelawak, John Bishop, acara eksklusif itu dianjurkan oleh kelab itu dengan kerjasama AEG.

Klopp dilihat mendarat di lapangan terbang Liverpool bersama isterinya Ulla kelmarin untuk menghadiri majlis keraian itu.Bekas pengurus berusia 56 tahun itu menyatakan mengahwini isterinya satu-satunya keputusan yang lebih tinggi berbanding menyertai Liverpool.

“Di samping mengahwini Ulla, menyertai Liverpool adalah keputusan terbaik dalam kehidupan saya,” kata Klopp kepada penonton.

Ulla adalah isteri kedua Klopp, sesudah mengahwini pengurus itu pada 2005 selepas perkahwinan pertamanya dengan Sabine Klopp berakhir pada 2001.

sumber:- BH

Majlis perpisahannya dimulakan dengan lagu ‘You’ll Never Walk Alone’ yang dipersembahkan oleh penyanyi klasik Alfie Boe.Klopp menerima tepukan gemuruh daripada penyokong ketika beliau muncul di atas pentas. – AGENSI