sukan

Arteta pengurus baharu City

Pep Guardiola meramalkan pengurus Arsenal Mikel Arteta akan menggantikan tempatnya di Manchester City.

Guardiola, 53, yang hanya berbaki kontrak sehingga musim panas dijangka tidak menandatangani perjanjian baharu.

Ia bermakna musim 2024-25 adalah yang terakhirnya bersama City dan mensasarkan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) kelima berturut-turut.

Persoalan siapa pengganti Guardiola menjadi tumpuan dan pengurus Gunners, Arteta amat dikenali di City.Pengendali dari Sepanyol itu adalah anggota staf kejurulatihan City sehingga dia menyertai Arsenal pada Disember 2019 sebagai ketua jurulatih.

“Saya yakin dia akan menggantikan saya. Dia akan berjaya,” kata Guardiola. “Lambat atau cepat, ia akan berlaku (Arteta menjadi pengurus City).

“Dia masih muda tetapi mempunyai pengalaman luas. Melatih pemain ternama dan pasukan besar. Dia mempunyai etika kerja yang bagus.

“Dia memiliki bakat istimewa untuk menganalisa apa berlaku dan mencari penyelesaian. Kami banyak bercakap apa dipercayainya dan apa dirasakannya.”

sumber:- HM

Menurut Guardiola mengenai karakter Arteta: “Dia sangat gembira ketika kami menang tetapi kecewa ketika kalah dan sebab itu mengapa dia berusaha cuba mencari penyelesaian.

“Dia manusia hebat dengan nilai-ni