sukan

Undian Piala FA: JDT mudah ke Final,Selangor berdepan ujian getir

Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka tidak mempunyai masalah untuk mara ke pentas final Piala FA musim ini selepas mendapat laluan mudah pada majlis undian pusingan 16 terbaik sebentar tadi.

Harimau Selatan yang muncul juara dua tahun berturut-turut dijadualkan bertemu wakil Pantai Timur, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dan andai berjaya, bakal menentang PDRM FC atau Malaysia University di pentas suku akhir.

Sementara itu, Selangor FC (SFC) dijadualkan bertemu Negeri Sembilan FC manakala Terengganu FC bakal menentang Perak FC.

Juara edisi 2019, Kedah Darul Aman (KDA) FC kemungkinan menerima undian mudah selepas dijadualkan bertemu pasukan Liga A1 Semi Pro, Bukit Tambun FC.

Naib juara Piala FA musim lepas, KL City FC pula menentang Kuching City FC dengan Sri Pahang akan menghadapi tentangan Penang FC.

Sabah FC yang dikendalikan oleh Datuk Ong Kim Swee pula mungkin tidak berhadapan masalah mencatatkan kemenangan pada perlawanan pertama itu apabila dijadualkan bertemu KL Rovers.