sukan

Indonesia negara kelima selepas Malaysia

Liga Indonesia menjadi liga tempatan kelima yang menggunakan sistem Video Pembantu Pengadil (VAR) yang diiktiraf oleh Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) di Asia Tenggara selepas teknologi itu digunakan oleh Thailand, Singapura, Vietnam dan Malaysia.

Perlawanan diantara Bali United berdepan Persib Bandung menjadi perlawanan pertama yang merasmikan penggunaan VAR untuk musim ini dengan menyaksikan perlawanan itu terikat 1-1.

Penggunaan teknologi itu menunjukkan kemajuan bola sepak di Asia Tenggara yang semakin positif untuk membantu pengadil perlawanan melihat ulang tayang dalam membuat sebarang keputusan terutamanya ketika membabitkan insiden yang kontroversi melibatkan keputusan pengadil.

sumber:- SA

Thailand menjadi negara terawal yang menggunakan teknologi itu di Asia Tenggara sejak 2018 kemudian diikuti Vietnam dan Singapura pada 2023.