sukan

Polis sudah dua kali rakam percakapan

Status pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim sebagai bintang bola sepak menyebabkan perkembangannya yang mengalami lecur tahap empat susulan disimbah asid sentiasa menjadi perhatian ramai dan dinantikan semua pihak.

Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal SFC, Datuk Seri Shahril Mokhtar mengharapkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa dapat memberikan perkembangan terkini mengenai isu terbabit kepada pihak yang berada di luar.

“Saya difahamkan siasatan masih berjalan jadi harapan saya, buatlah (siasatan) betul-betul. Kita cuma minta yang baik-baik, itu sahaja. Saya juga harap Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dapat sentiasa memberi perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

“Faisal ini bukan sahaja aset negara tetapi hero negara, pemain kebangsaan yang memiliki ramai pengikut. Jadi harapan saya, kalau ada apa-apa perkembangan yang tidak sensitif, bolehlah pihak berwajib maklumkan kepada kami di luar sini,” kata Shahril.

Shahril berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Faisal di sebuah hospital swasta di sini, petang tadi dengan Shahril memaklumkan pemain itu sudah dipindahkan ke wad biasa.

Dalam perkembangan lain, Shahril yang juga Ahli Lembaga Pengarah SFC mengesahkan pihak polis sudah merakam percakapan Faisal namun belum ada pemain dipanggil untuk membantu siasatan.

“Percakapan Faisal sudah diambil pihak polis dan yang saya pasti, sudah dua kali (kenyataan diambil) sejak kali terakhir pada minggu lepas.

sumber:- BH

“Sepanjang pengetahuan saya, pemain tiada (dirakam percakapan) melainkan dua pegawai pasukan yang mana laporan polis sudah dibuat,” katanya.