sukan

Sah Kamal Azizi perlu rehat lama

Pertahanan Kuala Lumpur City, Kamal Azizi Zabri, mengalami retak pergelangan tangan dan perlu berehat sekurang-kurangnya empat hingga lima minggu.

Pertahanan sayap berusia 30 tahun itu terpaksa dikeluarkan seawal minit pertama aksi Liga Super menentang Kuching City di Cheras malam tadi selepas bola sepakan pemain lawan terkena tangannya sehingga terpaksa dikeluarkan dan digantikan dengan J. Partiban.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard, kepada wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman.”Kamal Azizi mengalami retak di distal end radius.

Ia kebiasaannya memerlukan sebulan hingga lima minggu untuk dia dapat kembali menjalani latihan.”Ia merupakan tempoh biasa untuk keretakan tulang besar.

sumber:- SA

“Sedikit perkara positif, dia boleh menjalani latihan bahagian bawah badan dan kakinya tidak apa-apa.”Jadi, pemulihannya sepatutnya lancar jika segalanya berjalan baik,” kata Stanley.