sukan

Fandi puji aksi cemerlang Saiful

Ketua Jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad memuji keberkesanan peranan yang dimainkan oleh pertahanan pasukan itu Saiful Jamaludin yang berjaya mengekang asakan Kelantan Darul Naim dalam aksi perlawanan yang berlangsung malam tadi.

Jelas Fandi, pertukaran formasi oleh pasukan pelawat daripada 4-3-3 kepada 4-4-2 nyata memberi sedikit sebanyak tekanan terhadap kubu pertahanan mereka dalam memastikan asakan Kelantan Darul Naim tidak membolosi gawang mereka.

“Hari ini kita ada disiplin yang bagus dengan Saiful berada di tengah dan berperanan sebagai ‘wiper’ terhadap setiap serengan lawan. Selepas mereka menukar formasi pertahanan kita agak terikat dengan penyerang mereka, namun keberadaan Saiful dapat ‘membersihkan’ setiap serangan yang dilakukan.” Katanya dalam sidang media yang diadakan sejurus perlawanan tersebut.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Temerloh malam tadi, Sri Pahang bejrjaya mengutip tiga mata pertama walaupun sekadar kemenangan tipis 1-0 ke atas Kelantan Darul Naim.

sumber:- SA

Bagaimanapun Sri Pahang dijangka akan memperkemaskan lagi corak permainan mereka memandangkan selepas ini bakal bertandang ke Stadium Negeri, Kuching bagi menghadapi aksi perlawanan dengan Kuching City 19 Mei ini.