sukan

Impian Malaysia musnah

Impian skuad hoki negara mempertahanan gelaran Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 tidak kesampaian apabila kecundang 1-2 kepada Jepuni.

Dengan keputusan itu juga pasukan Samurai Biru itu mara ke perlawanan akhir kejohanan buat kali pertama menentang Pakistan pada Sabtu ini.Malang buat pasukan negara walaupun memberi tentangan sengit tetapi kegagalan menyudahkan peluang diperolehi menjadi faktor kegagalan Speedy Tigers.

“Kami bermain baik tetapi malangnya gagal menjaringkan gol diperlukan. Jepun bertahan dengan cemerlang,” kata ketua jurulatih negara, Sarjit Singh.

Jepun mendahului pada suku kedua melalui jaringan Kazumasa Matsumoto pada minit ke-24 sebelum Faizal Saari memadam kelebihan itu pada minit ke-31.

Malaysia mengasak selepas itu tetapi lima pukulan sudut penalti gagal menghasilkan ganjaran lumayan, sebaliknya Ryoma Ooka menguburkan impian Speedy Tigers apabila menjaring gol kemenangan Jepun pada minit ke-50.

Sementara itu, New Zealand kembali di landasan kemenangan apabila membenam Korea Selatan 4-1, mengubati kekecewaan selepas tumpas 4-6 kepada Malaysia sebelum ini.

Pakistan pula mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah 2024 apabila merakam kemenangan 5-4 ke atas Kanada semalam untuk mengutip 10 mata daripada empat perlawanan setakat ini