sukan

Polis sudah hubungi 2 pengurusan tertinggi Selangor FC

Polis sudah menghubungi dua pengurusan tertinggi Selangor FC untuk diambil keterangan berhubung laporan polis yang dibuat mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya sudah menghubungi individu terbabit untuk diambil keterangan.

“Semalam kita sudah contact (hubungi) untuk ambil keterangan kedua-dua mereka,” katanya ketika ditemui selepas hadir ke lokasi kejadian di pusat beli belah di sini, hari ini.

Selasa lalu, Ketua Polis Selangor Datuk Husein Omar Khab memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan dua ahli pengurusan Selangor FC kemungkinan menjadi sasaran seterusnya susulan insiden menimpa pemain bintang pasukan itu.

Polis mengesahkan ada menerima dua laporan polis daripada pihak pengurusan kelab bola sepak itu.

sumber:- HM

Dua laporan itu bersangkut dengan kes simbah asid terhadap Faisal Halim dan ia sebahagian daripada siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.