sukan

Isyarat ‘heart shape’ buat Faisal kembali tersenyum

Isyarat ‘heart shape’ dari Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh buat Faisal kembali tersenyum.

Hannah Yeoh menyatakan kegembiraannya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom apabila pemain sayap Selangor itu memberikan tindak balas positif semasa melawat Faisal di hospital.

“Walaupun dia (Faisal) terlantar dikatil, tetapi matanya menunjukkan beliau berada dalam keadaan positif,” kata Menteri Belia dan Sukan itu.

Menerusi video Fina Nasrom di Twitter, jelas terpancar wajah kegembiraan Hannah Yeoh yang menerima tindak balas positif dari tonggak utama skuad Harimau Malaya itu iaitu anggukan dan senyuman.

“Setiap kali kita senyum dan tunjukkan ‘heart shape’ dia (Faisal) mengangguk,” katanya.

sumber:- SA

Nasib malang yang menimpa Faisal Halim Ahad lalu memberi impak kepada rakyat Malaysia serta Faisal terpaksa melupakan dunia bolanya buat seketika.
Harap proses pemulihan buat Faisal Halim berjalan dengan lancar!