sukan

Selangor FC bincang tunda aksi berdepan JDT

Selangor difahamkan sedang berbincang dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menunda Perlawanan Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada Jumaat ini.

Menurut sumber dalaman SFC, wakil mereka kini sedang mengadakan perbincangan untuk menunda aksi pembuka musim itu atas faktor keselamatan.

sumber:- SA

Selain itu, difahamkan juga, tahap kesihatan mental barisan pemain mereka juga tidak berada dalam keadaan baik susulan kes simbah asid ke arah bintang utama, Faisal Halim.