sukan

Sah muncul Juara Piala Thomas 2024

China menepati ramalan apabila merangkul gelaran ke-11 dengan menewaskan juara 14 kali, Indonesia 3-1 pada perlawanan akhir Piala Thomas 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone di sini hari ini.

Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.Pemain perseorangan lelaki kedua dunia Shi Yu Qi menyumbang mata pertama apabila menewaskan Anthony Sinisuka Ginting 21-17 pada set pertama, dan meneruskan momentum kemenangan dalam kelas tersendiri dengan 21-6.

Aksi meyakinkan Yu Qi memberikan suntikan semangat kepada beregu nombor satu dunia Liang Wei Keng-Wang Chang untuk menyumbang mata walaupun terpaksa bermandi keringat sebelum mengatasi juara All England 2024 Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 21-18, 17-21, 21-17 sekali gus mengukuhkan kedudukan.

Bagaimanapun, Indonesia kembali mengurangkan defisit mata apabila Jonatan Christie mempamerkan aksi cemerlang mengatasi pemenang pingat emas Sukan Asia 2022 Li Shi Feng dalam pertarungan sengit 21-16, 15-21, 21-17 untuk menghidupkan semula harapan untuk Indonesia.

Bagaimanapun, beregu kedua Indonesia gagal Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana terlepas peluang mengikat kedudukan sekali gus mengheret kepada perlawanan penentuan apabila tewas 11-21, 15-21 kepada pasangan He Ji Ting-Ren Xiang Yu.

sumber:- HM

China juga berjaya merangkul kejuaraan Piala Uber buat kali ke-16 apabila menewaskan juara tiga kali, Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone di sini hari ini.