sukan

“Tuah” skuad B-17 Negara

Barisan pemain skuad Bawah 17 Tahun (B-17) kebangsaan berpeluang merasai pengalaman berlatih dalam suasana kondusif apabila menjalani latihan pusat di salah satu fasiliti latihan milik kelab gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) bermula hari ini.

Berdasarkan hantaran Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) malam ini, skuad muda negara bimbingan Javier Jorda Ribera yang juga merupakan Pengarah Akademi JDT itu dijadual menjalani kem latihan pusat di Pasir Gudang, Johor sehingga Selasa depan.

Kem latihan pusat itu antara persediaan sebelum menghadapi Kejohanan Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) Bawah 16 Tahun (B-16) 2024 di Jakarta bulan depan dan pusingan kelayakan Piala Asia B-17 2025 pada Oktober.

sumber:- HM

“Seramai 32 pemain dipanggil ke kem latihan pusat kali ini bagi sesi pemilihan dan persiapan menjelang kedua-dua tugasan tersebut.”Terima kasih kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim kerana menyediakan fasiliti terbaik untuk kegunaan skuad B-17 kebangsaan sepanjang kem latihan pusat kali ini,” menurut hantaran itu.