sukan

Piala Thomas : Keputusan penuh Malaysia berdepan China di Semi Final

Penantian 10 tahun skuad badminton negara untuk ke final Piala Thomas berterusan apabila tewas 1-3 kepada China dalam aksi separuh akhir di Chengdu sebentar tadi.

Perseorangan lelaki utama, Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama buat negara apabila tewas 19-21, 5-21 kepada pemain nombor dua dunia, Shi Yu Qi.

Beregu utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, bagaimanapun, kembali menyamakan kedudukan buat Malaysia dengan menewaskan Liang Wei Keng-Wang Chang 15-21, 21-12, 21-17.

Harapan untuk menyaksikan perseorangan kedua, Leong Jun Hao, untuk mencipta kejutan ke atas Li Shi Feng pula tidak kesampaian selepas tewas 17-21, 10-21.

Cabaran Malaysia kemudian ditamatkan apabila beregu kedua, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, tewas 21-18, 19-21, 12-21 kepada He Ji Ting-Ren Xiang Yu.

sumber:- SA

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia layak ke final Piala Thomas ialah dalam edisi di New Delhi pada 2014