Arsenal meraih kemenangan 3-0 ke atas Bournemouth sebentar tadi, sekali gus berkelebihan empat mata berbanding pencabar mereka, Manchester City dalam saingan perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Meskipun menguasai 45 minit pertama di Emirates namun mereka memerlukan sepakan penalti Bukayo Saka untuk mendahului 1-0 sebelum rehat.
Bournemouth tampil lebih baik pada babak kedua namun hasrat mereka untuk bangkit bertambah sukar apabila Leandro Trossard meledak gol kedua pada minit ke-70.
Pelawat berjaya mengurangkan defisit menerusi Antoine Semenyo namun dibatalkan Video Bantuan Pengadil (VAR) selepas Dominic Solanke didakwa mengasari David Raya.
sumber:- BH
Declan Rice menutup hari cemerlang Arsenal dengan gol ketiga sebelum tamat perlawanan.