sukan

Indonesia ‘titik’ Australia

Indonesia cemerlang melakar kemenangan 1-0 berdepan pasukan gergasi Asia, Australia, dalam saingan Piala Asia B-23 di Stadium Antarabangsa Khalifa, sebentar tadi.

Australia berpeluang menghukum Indonesia pada awal separuh masa pertama selepas sepakan penalti diberikan pada minit ke 23 selepas bola terkena tangan Komang Teguh.

Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan negara jiran itu mudah mematahkan serangan demi serangan yang diatur pasukan lawan.

sumber:- SA

Kemenangan itu sekaligus membuka peluang buat Indonesia melangkah ke peringkat seterusnya dengan kini berada pada kedudukan ke dua dalam Kumpulan A.