sukan

Manchester United cipta rekod baharu

Manchester United memecah satu rekod yang tidak dikehendaki pada perlawanan menentang Liverpool malam tadi.

Persembahan buruk pada babak pertama di depan penyokong sendiri menyaksikan pasukan kendalian Erik ten Hag gagal melakukan walau satu percubaan ke arah gol.

Catatan itu bermakna ia kali pertama Red Devils gagal melakukan sebarang percubaan ke arah gol pada babak pertama perlawanan sejak April 2022 – juga menentang Liverpool.

Secara kebetulan, ia juga kali pertama berlaku di Old Trafford sejak Oktober 2015 menentang Manchester City.Sementara itu, Liverpool berjaya melakukan 15 percubaan dan akhirnya mendahului 1-0 ketika rehat menerusi gol Luis Diaz apabila dia mudah menyumbat masuk selepas tidak dikawal susulan tendangan sudut.

Peminat United menggunakan media sosial melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Ten Hag yang dilihat gagal berusaha mengubah arus perlawanan.

Seorang peminat berkata: “Paling menyedihkan Ten Hag tidak melakukan apa-apa untuk mengubah taktikal perlawanan dan hanya berdiri di sana. Tiada ‘projek’ atau ‘rancangan besar’ di sana. Perlu berundur.”

Seorang lagi berkata: “Beliau memecah rekod buruk setiap minggu perlawanan.”

“Kenapa terlalu sukar untuk melakukan percubaan? Bagaimana anda mempunyai 0 percubaan selepas 45 minit?” kata seorang lagi warganet.

sumber:- BH

Penyokong keempat menyindir: “Wah saya fikir ini pencapaian terburuk di Old Trafford tetapi mereka memang teruk akhir-akhir ini. Warisan bola sepak.” – AGENSI