sukan

de Bruyne ‘mengamuk’ terus tekan Liverpool

Manchester City terus mencabar kejuaraan selepas Kevin de Bruyne menyumbang tiga gol ketika meraih kemenangan 4-2 ke atas Crystal Palace.

Bagaimanapun Palace mengejutkan City dengan gol pembukaan daripada Jean-Philippe Mateta seawal minit ke-3.Bagaimanapun De Bruyne menyamakan kedudukan untuk pelawat 10 minit kemudian.

Selepas menafikan cubaan Erling Haaland yang menerima hantaran cantik De Bruyne, penjaga gol tuan rumah, Dean Henderson tidak dapat menyekat cubaan Rico Lewis dua minit selepas memasuki separuh masa kedua.

Juara bertahan itu kemudian menguasai perlawanan dan kali ini gandingan De Bruyne serta Haaland menjadi.

Related Post

Ia memberi peluang kepada penyerang Norway itu menjaringkan gol minit ke-66 sebelum De Bruyne menambah gol keempat minit ke-70 yang juga gol ke-100nya untuk kelab itu.

sumber:- HM

Pemain gantian, Odsonne Edouard meledak gol saguhati lewat permainan untuk Palace minit ke-86.