sukan

Bintang EPL mahu sarung jersi Negara nenek

Pemain tengah Crystal Palace, Jairo Riedewarld, komited untuk menyumbangkan bakti kepada pasukan Indonesia memandangkan dia mempunyai pertalian darah Indonesia daripada neneknya.

Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI), dikhabarkan sedang dalam rundingan awal bersama pemain berusia 27 tahun kelahiran Belanda itu bagi menguruskan proses naturalisasinya bagi memperkuatkan lagi jentera tengah skuad Garuda.

sumber:- SA

Penggalaman dia yang masih bermain di Liga Perdana Inggeris (EPL) serta pernah bermain bersama pasukan gergasi seperti Ajax pasti ditagih ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong, bagi memperkuatkan pasukan menjelang baki saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 nanti.