Desas-desus bertebaran apakah bakal ada pengganti baru di tampuk utama Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dalam masa terdekat.
Antara nama pengganti yang hangat diperkatakan membabitkan jurulatih yang cukup sinonim dengan kepakarannya di peringkat akar umbi, siapa lagi kalau bukan Datuk Ong Kim Swee.
Tempat yang ditinggalkan Dennis Bekking, tiga tahun lalu nampaknya bakal ada penghuni baru selepas ini.Difahamkan sudah berlaku beberapa perbincangan membabitkan pihak Kim Swee bersama dengan Majlis Sukan Negara (MSN), namun belum ada kata putus dibuat.
Masih dalam fasa spekulasi, Kim Swee lebih selesa memberi reaksi hal ini sebagai perkara normal yang sering terjadi sebaik ada kekosongan di beberapa jawatan penting.
“Tiada perbincangan yang boleh dikatakan rasmi.”Banyak jawatan kosong, bukan sengaja di AMD tapi di beberapa pasukan juga.
“Ini hanyalah spekulasi jadi apabila ada jawatan, banyak pihak akan mengaitkannya dengan satu sama lain.
“Kami harus mempunyai kata sepakat. Kalau saya diperlukan sudah tentu banyak yang perlu dibincangkan sebelum sesuatu keputusan diambil.
“Saya mahu memastikan pasukan Sabah diutamakan dan andai ada sebarang tawaran, maka sudah tentu perbincangan baru diadakan,” katanya .
Kim Swee yang masih memiliki kontrak bersama Sabah FC hingga hujung musim ini sempat berkongsi beberapa idea untuk menggembleng kemajuan AMD pada masa akan datang.
Keperluan untuk badan induk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjadi peneraju utama mampu meletakkan akademi bola sepak negara ini di tahap yang lebih baik.
sumber:- SA
“AMD dan FAM harus bekerjasama dalam memastikan semua program yang melibatkan satu sama sama lain.”Pentingnya mempunyai program pembangunan yang boleh mencungkil bakat mereka dan didedahkan ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.