sukan

MFL ada alasan andai kompromi isu Kedah

Difahamkan Kedah Darul Aman gagal membuat pembayaran mencapai 50 peratus sementara Kuala Lumpur (KL) City tidak memenuhi jumlah 75 peratus dari hutang tahun 2023 dengan tarikh akhir untuk berbuat demikian pada 30 Mac lalu.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menerusi unit perlesenan kelab sudah menerima dokumen yang diserahkan dua pasukan Liga Super berkenaan, namun masih dalam proses meneliti setiap dokumen yang diberikan kedua-dua pasukan.

“Tarikh tutup pada 30 Mac yang lalu dan unit pelesenan kelab telah masuk ke pejabat untuk melihat penyerahan dokumen daripada Kedah Darul Aman dan Kuala Lumpur City FC.

“Masih terlalu awal untuk saya memberitahu berkenaan pembayaran penuh mahupun pembayaran separuh sehingga maklumat diteliti sepenuhnya kerana dokumen yang telah diserahkan adalah draf transaksi.

“Perkara yang telah dipersetujui di peringkat domestik jika ada persetujuan di antara kelab dan pegawai serta pegawai boleh menerima,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam.

sumber:- SA

Dalam masa yang sama, MFL sedia untuk berkompromi andai ada persetujuan bersama di antara kelab dan pemain dalam urusan pembayaran hutang tertunggak hingga pada tempoh yang dipersetujui.