sukan

Melecur beb tangan saya — Azmeer

Budaya buli dalam bola sepak membabitkan pemain profesional sememangnya wujud dan ia dikongsikan bekas pemain Perak dan Kedah, Azmeer Yusof di laman Facebook (FB) miliknya.

Menerusi pendedahan itu, Azmeer mengakui dia pernah menjadi mangsa buli oleh pemain senior ketika mula-mula bergelar pemain profesional, malah turut meninggalkan kesan luka di tangannya.

Katanya, insiden itu berlaku selepas ada pemain senior yang sengaja merosakkan motosikalnya selepas habis latihan.

“Tengah nak balik ke rumah, motor saya mati tengah jalan. Ada pemain tutup saluran minyak ke karburetor motosikal saya. Masa ‘check’ itu saya terpegang batang ekzos. Melecur beb tangan saya . Waktu melecur itu lah Allah ingatkan saya tentang pemain ini.

“Sebab masa saya nak pergi mandi, saya nampak dia menunduk ke arah karburetor. Haaa dari situ lah Allah bantu saya, ilhamkan saya untuk buka semula saluran minyak itu. Barulah boleh start semula.

“Tapi masa perjalanan balik itu berkaca mata (mengalir air mata) saya. Apalah salah saya waktu itu sampai diperlakukan camtu. Mungkin saya baik sangat kot. Sebab kalau nak jadi pemain bola sepak tak boleh baik sangat,” katanya.

Azmeer turut mengakui pernah dipulau pemain lain selain tiket penerbangannya dibuang dalam tong sampah beberapa jam sebelum menaiki pesawat untuk menghadapi perlawanan.

“Berlaku di airport (lapangan terbang) luar negara. Pemain senior waktu itu ambil tiket ‘flight’ saya, keronyokkan dan campak tiket saya itu dalam tong sampah. Bila saya tanya masing-masing tak mengaku tiket saya di mana. Dorang siap gelak-gelak lagi waktu itu.

“Akhir sekali ada seorang pemain ini bocor rahsia beritahu ada dalam tong sampah. Tapi saya kena selongkar tong sampah itu cari tiket saya. Sedih beb waktu ini.

“Bersaksikan airport KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) saya dipaksa untuk angkat semua beg pemain masuk ke dalam. Kitman pun buat sebab itu memang kerja dia.

“Tapi saya diberi arahan khusus dari seorang pemain senior untuk angkat semua beg pemain itu. Waktu angkat beg itu, pemain lain sedap-sedap berjalan pergi makan sambil tunggu untuk naik ‘flight’,” katanya.

sumber:- HM

Begitupun, Azmeer mengakui semua peristiwa itu membantunya memperkuatkan mental bagi menghadapi semua cabaran yang hadir dalam kariernya sebagai pemain bola sepak.