sukan

Salah bawa Liverpool ke persada Liga

Mohamed Salah membawa Liverpool ke persada Liga Perdana Inggeris apabila bintang Mesir itu membantu kebangkitan pasukannya dengan menewaskan Brighton 2-1 sebentar tadi.

Skuad kendalian Jurgen Klopp dikejutkan menerusi sepakan kencang Danny Welbeck selepas hanya 85 saat di Anfield.

Luis Diaz kembali menyamakan kedudukan pada babak pertama sebelum Salah menjaringkan gol kedua selepas rehat seterusnya mengesahkan kemenangan penting itu.

sumber:- BH

Gol ketiga Salah dalam tiga aksi terakhir itu adalah yang ke-22 dijaringkannya dalam semua kejohanan musim ini.Tidak tewas dalam enam aksi liga terakhir mereka, Liverpool kini tiga mata di depan pasukan tangga kedua, Arsenal, yang akan berdepan pasukan tangga ketiga, Manchester City di Stadium Etihad sebentar lagi. – AFP