sukan

Beregu muda Negara cipta sensasi mara ke Final

BEREGU badminton muda negara Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King menampilkan persembahan bertenaga apabila mengesahkan slot perlawanan akhir Sepanyol Masters pada Ahad.

Wan Arif-Roy King mara selepas menjinakkan wakil Perancis, Christo Popov-Toma Junior Popov straight set pada aksi separuh akhir di Pusat Sukan Perbandaran Gallur, Madrid.

Set pertama, Wan Arif-Roy King, berstatus nombor 65 dunia ternyata diberikan tentangan sengit Christo-Toma Junior sebelum menang 21-17.

Set kedua, Wan Arif-Roy King sekali lagi diberikan permainan intensiti tinggi beregu nombor 45 dunia tersebut sebelum menang 21-17 dalam masa 32 minit.

Wan Arif-Roy King yang membuat penampilan sulung di pentas perlawanan akhir bakal berdepan wakil dari Indonesia, beregu Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dalam kejuaraan Super 300 berkenaan.

sumber:- SH

Sabar-Reza yang berstatus 34 dunia sebelum itu menewaskan wakil Denmark, William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer, 21-15, 16-21, 21-15 dalam masa 47 minit.