sukan

Tiga tonggak skuad senior perkuat skuad B-23

Tiga pemain daripada skuad senior menyertai hari ke-13 persediaan skuad B-23 menjelang Piala Asia B-23 sebelum bertolak ke Qatar, awal pagi Isnin ini.

Mukhairi Ajmal Mahadi, Harith Haikal Adam Afkar dan Nooa Leine memulakan tugasan hari pertama di bawah pemantauan skuad kendalian Juan Torres Garrido, malam tadi.

Bagaimanapun, hasrat untuk mendapatkan khidmat Azam Azmi Murad semakin tipis apabila pemain itu tiada dalam sesi latihan skuad B-23.

Tiga tonggak ini tampak cergas untuk menyambung tugasan seterusnya selepas kembali daripada skuad Kim Pan-gon.Turut kelihatan, kelibat Luqman Hakim yang sudah memasuki latihan hari kedua sebaik tiba dari Jepun Isnin lalu.