sukan

Jepun menang percuma

Jepun diumumkan sebagai pemenang susulan pembatalan perlawanan kelayakan Piala Dunia dengan Korea Utara pada Selasa lalu.

Perkembangan itu dimaklumkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) kepada Persatuan Bolasepak Jepun (JFA), hari ini.Fifa mengumumkan Jepun menang 3-0 bagi perlawanan kelayakan Kumpulan B yang dijadualkan berlangsung di Pyongyang, Selasa lalu.

Korea Utara membatalkan perlawanan itu lima hari sebelum ia sepatutnya berlangsung tanpa memberikan sebarang sebab.Fifa mengumumkan perlawanan kelayakan yang dibatalkan tidak boleh diadakan semula kerana kekurangan ruang dalam kalendar bola sepak antarabangsa.

“Jawatankuasa Disiplin Fifa memaklumkan keputusan mereka bahawa perlawanan yang dibatalkan itu adalah kekalahan 0-3 bagi Korea Utara,” kata JFA dalam satu kenyataan.

Jepun menewaskan Korea Utara 1-0 di Tokyo, sembilan hari lalu untuk menjadikan kemenangan ketiga dalam tiga perlawanan bagi pusingan kelayakan Asia.

sumber:- HM

Mereka kini mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia yang akan berlangsung di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico.