sukan

Pan Gon umum mahu berehat

PENGENDALI skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon masih menaruh harapan kemampuan pasukannya untuk mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 walaupun tewas dua perlawanan kepada Oman.

Namun, beliau meminta semua pihak bertenang dan memberikan ruang kepadanya dan pasukan merencana sesuatu untuk menghadapi dua perlawanan getir menentang Kyrgyzstan dan Taiwan pada Jun.

Menurut Pan-gon, beliau meminta tempoh bertenang dan mengakui mahu berehat seketika sebelum kembali menghadapi aksi antarabangsa itu.

“Kita baru sahaja habis perlawanan (menentang Oman), kita masih ada masa. Saya bukan mesin dan perlukan rehat. Pemain juga perlukan rehat.

“Kita juga perlu bertenang sedikit. Malam ini (perlawanan pada Selasa) kita sudah menghadapi banyak perkara. Pemain juga hampir menangis (selepas tewas kepada Oman),” katanya.

Skuad negara yang dibelenggu masalah kecergasan pada kempen antarabangsa kali tewas kepada Oman di Muscat 0-2 pada Jumaat lalu dan turut tewas kepada lawan sama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa.

Keputusan itu menyaksikan Harimau Malaya menempah laluan berliku dan perlu menang dua perlawanan terakhir menentang Kyrgyzstan dan Taiwan pada Jun untuk mara ke pusingan seterusnya.

sumber:- SH

Malaysia ketika ini berada pada kedudukan ketiga Kumpulan D dibezakan tiga mata dengan Oman kedudukan kedua dan Kyrgyzstan yang sedang mendahului kumpulan.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

8 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

8 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

12 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

13 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

13 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

14 hours ago