sukan

Komen pengendali Oman keadaan padang Malaysia

Ketua jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy mengakui permukaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang kurang sempurna menyukarkan pemainnya untuk menampilkan aksi lebih baik ketika berdepan Malaysia, malam tadi.

Pengendali dari Republik Czech itu bagaimanapun lega apabila pasukannya berjaya meraih kemenangan 2-0 dalam aksi keempat Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

“Saya fikir masalah permukaan padang (kurang baik) bukan sahaja kepada kami, tetapi Malaysia juga berdepan masalah sama.

“Perlawanan ini sukar, Malaysia beraksi di tempat sendiri dan mereka mahu mendapatkan kemenangan selepas tewas di Oman.”Kami terlepas beberapa peluang untuk menjaringkan gol, tetapi saya tetap bangga dengan apa yang dipamerkan pemain,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Oman yang turut menewaskan Malaysia 2-0 di Muscat, Jumaat lalu bagaimanapun jatuh ke tangga kedua apabila kedudukan pertama dirampas Kyrgyzstan yang membelasah Taiwan 5-1.

sumber:- BH

Kyrgyzstan dan Oman berkongsi sembilan mata selepas empat perlawanan, tiga mata di depan Malaysia yang menghuni tangga ketiga, manakala Taiwan di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.