sukan

Keadaan Permukaan padang Stadium Nasional akhirnya terjawab

Permukaan padang Stadium Nasional, Bukit Jalil kelihatan ‘OK’ menjelang aksi Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Oman, malam ini.

Melihat dari tempat duduk penonton, keadaan padang boleh dikatakan tidak terlalu teruk meskipun kelihatan kesan tampalan rumput di beberapa bahagian padang.

Bagaimanapun, kualiti sebenar padang itu hanya akan dapat dilihat sepenuhnya pada perlawanan malam ini dengan sepak mula akan berlangsung jam 10 malam.

Cuaca malam ini juga diharap tidak hujan bagi mengelak permukaan padang terjejas hingga merosakkan permainan kedua-dua pasukan.

Sebelum ini, kesediaan padang Stadium Nasional untuk aksi Malaysia dan Oman menjadi persoalan susulan keadaannya dikatakan tidak berada pada tahap terbaik selepas konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran, bulan lalu.

Malah, pasukan Malaysia dan Oman juga dilaporkan tidak dibenarkan mengadakan sesi latihan rasmi atau mencuba padang Stadium Nasional yang menyaksikan situasi itu mencetuskan kritikan hebat dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.

sumber:- BH

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menerusi laman media sosial miliknya, malam tadi tampil menjelaskan bahawa komisioner perlawanan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tidak membenarkan kedua-dua pasukan mengadakan latihan rasmi di Stadium Nasional atas faktor cuaca.