sukan

Seri juga bagus untuk Malaysia layak menerusi slot pasukan di tangga kedua terbaik

Atas segala rintangan yang dihadapi, lebih-lebih lagi dibayangi prestasi berkarat sejak Piala Asia di Qatar berakhir, satu mata dilabel sebagai cukup berharga dan mampu menghidupkan peluang Harimau Malaya dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Selepas tumbang 0-2 di Muscat pada Jumaat lalu yang meletakkan barisan Kim Pan-gon itu tergelincir di tangga ketiga Kumpulan D, skuad kebangsaan bertekad kembali mencerahkan peluang.

“Ini perlawanan yang sangat penting, kami perlu gunakan segala kelebihan di tempat sendiri serta menyeru penyokong untuk turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi mengobarkan semangat pemain dalam usaha menghadiahkan keputusan yang positif,” katanya dalam sidang media di Wisma FAM sebentar tadi.

Tambahnya: “Seri juga bagus sebab kami berpeluang layak menerusi slot pasukan di tangga kedua terbaik.Berada di kedudukan ke-80 dunia, di atas kertas kemenangan menjurus kepada Oman, namun ia tidak harus menjadikan Harimau Malaya berasa kerdil.

sumber:- SA

“Oman lebih baik daripada kami, sudah tentu mereka akan menyerang, ia sungguh sukar.”Malah, dengan menguasai peringkat kumpulan ini, pastinya mereka pasti akan menyerang lagi.”Tapi ia juga penting buat kami terutama bermain di tempat sendiri,” katanya lagi.