sukan

Tidak terkejut dominasi JDT

Menjelang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2023, Lagenda negara, Datuk Zainal Abidin Hassan, menyifatkan inisiatif mewujudkan anugerah untuk memberikan penghargaan kepada pemain yang beraksi dengan cemerlang adalah sangat penting.

Secara tidak langsung, anugerah itu juga mampu menyuntik semangat mereka untuk bersaing secara sihat sesama mereka bagi melonjakkan lagi prestasi dengan misi untuk merebut gelaran pemain terbaik nanti.

Dia beranggapan dominasi kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), tidak boleh dinafikan ekoran pasukan dari Selatan tanah air itu sudah berada di kelas yang tersendiri dalam saingan Liga Malaysia.

“Bagi saya peminat bola sepak ingin menantikan pemain terbaik mereka terutamanya dalam kalangan pemain tempatan.
“Saya tidak dapat melihat konsistensi pemain dalam mewakili kelab kerana selepas beraksi lebih daripada satu atau dua musim mereka kebiasaannya akan berpindah pasukan.

sumber:- SA

“Apa yang saya teliti, memang tidak dapat dinafikan kehebatan pasukan JDT kini dan tidak mustahil banyak anugerah akan didominasi pasukan itu nanti.” katanya.