sukan

‘Bola sepak adalah dunia yang kejam’ — TMJ

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan bahawa kemenangan, pencapaian dan mencipta sejarah menjadi perkara paling utama dalam sukan terutama bola sepak.

Baginda yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) memaklumkan bahawa kejayaan dan keuntungan membabitkan kewangan adalah pencapaian penting dalam usaha mencipta sejarah.

Katanya, dalam industri pertandingan sukan terutama bola sepak, sehebat mana pun seseorang individu itu, ia tidak akan bermakna sekiranya berada di tempat yang salah.

“Kerana ia (sukan) adalah mengenai kemenangan, pencapaian dan mencipta sejarah. Dalam kerjaya ini, kejayaan dan keuntungan/kewangan anda perlu berjalan seiring.

“Jika tidak, anda hanyalah sekadar salah seorang lagi pemain. Salah seorang daripada yang ramai lagi. Ia adalah dunia yang kejam. Apabila masa anda berakhir, tiada siapa yang akan mengingati anda kerana orang hanya mengingati juara atau pemenang.

“Senjata anda adalah pengetahuan anda dan kebijaksanaan membuat keputusan. Kehidupan/kerjaya anda adalah berdasarkan keputusan-keputusan yang anda buat. Gunakannya dengan bijak.

“Kerana pada penghujungnya, orang yang kononnya menganggap mereka tahu apa yang terbaik untuk anda, tidak akan berada dengan anda ketika anda menderita. Andalah yang menjaga diri anda sendiri dan itulah kenyataan yang menyedihkan,” katanya, menerusi laman sosial Instagram.

sumber:- HM

Tunku Mahkota Ismail berjaya membawa perubahan besar kepada pasukan JDT yang menyaksikan Harimau Selatan ketika ini menjadi pasukan paling digeruni dalam ka