sukan

Romel Morales luah kekecewaan

Penyerang naturalisasi negara, Romel Morales, kecewa apabila Harimau Malaya tewas 0-2 kepada Oman dalam aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Muscat awal pagi tadi.

Dia yang beraksi selama 90 minit dalam perlawanan itu, percaya seluruh pasukannya sudah memberikan segala yang terbaik mengikut kesemua perancangan pasukan tetapi rezeki jelas tidak memihak mereka.

“Saya fikir kami sudah melakukan yang terbaik dan saya amat berbangga dengan kesemua pemain kita,” katanya.

“Kami benar-benar berusaha sehingga ke penghujungnya. Walaupun ketika kami dibolosi satu gol, kami masih mencuba untuk memberikan tekanan kepada mereka.

“Anda boleh lihat selepas mereka menjaringkan gol, mereka hanya bertahan dan kami mencuba untuk menyerang mereka dan mencuba untuk mencipta peluang.

“Kami memiliki peluang yang baik tetapi saya rasa sentuhan terakhirnya tidak menjadi, jadi kami tidak bernasib baik.”Apa yang lebih penting adalah sikap pasukan ini. Walaupun ia bukan keputusan yang kami inginkan, sekurang-kurangnya kami telah memberikan yang terbaik.

sumber:- SA

“Kini, kami perlu fokus kepada perlawanan seterusnya,” katanya.