sukan

Zii Jia hanya perlu ke Final jika mahu layak secara merit

Badminton Terbuka Switzerland 2024 merupakan peluang buat pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia, merebut tiket secara merit ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024, Julai nanti.

Dia yang telah berjaya menundukkan seteru dari Taiwan semalam hanya perlu melayakkan diri ke peringkat akhir sahaja bagi membawa namanya selaku pemain ke 13 melangkah ke sukan paling berprestij itu.

Zii Jia akan berdepan bekas pemain nombor satu dunia dari India, Srikanth Kidambi dalam perlawanan pusingan ke 16 hari ini.