sukan

Jepun berpeluh sebelum raih tiga mata berharga

Gol Ao Tanaka selepas dua minit perlawanan berlangsung memberikan Jepun kemenangan 1-0 ke atas Korea Utara yang tampil bersemangat dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia di Tokyo sebentar tadi.

Tidak dikawal di dalam petak penalti, Tanaka menewaskan penjaga gol, Kang Ju Hyok dan meletakkan Jepun selangkah lebih hampir ke Piala Dunia 2026.

Mereka mempunyai tiga kemenangan daripada tiga perlawanan dalam peringkat kumpulan dan berada di landasan yang kukuh untuk mara ke peringkat kelayakan seterusnya.

Kemenangan itu adalah satu kejayaan yang tidak meyakinkan tetapi dialu-alukan untuk kembali mendapatkan rentak kemenangan selepas Jepun mempamerkan aksi yang mengecewakan di Piala Asia baru-baru ini.

Sejurus selepas mendahului Daizen Maeda merembat liar ketika Jepun mengancam untuk melakukan serangan bertali-arus.

Hidemasa Morita dan Ritsu Doan juga mempunyai peluang untuk tuan rumah.Korea Utara mempamerkan permainan lebih rancak pada separuh masa kedua.

Rembatan kaki kiri Han Kwang Song terkena tiang sebelum Jong Il Gwan merembat masuk ke gawang, tetapi dia dikesan ofsaid.

Jepun bermain buat kali pertama sejak tersingkir di suku akhir Piala Asia, di mana mereka tewas 1-2 kepada Iran.

Mereka dijadualkan bermain perlawanan timbal balik menentang Korea Utara pada hari Selasa di Pyongyang, perlawanan pertama Jepun di sana sejak 2011.

sumber:- HM

Jepun kehilangan pemain sayap Brighton, Kaoru Mitoma dan Takehiro Tomiyasu dari Arsenal, kedua-duanya berdepan masalah kecederaan.